SERVIS KAMI

 

BAGAIMANA KAMI BOLEH BANTU ANDA


PERKHIDMATAN RETORT, OEM RETORT & PEMBUNGKUSAN

Pusat Retort Seremban yang dimiliki oleh Sri Za menawarkan perkhidmatan retort komersial dan OEM retort.

Retort merupakan satu kaedah sterilisasi menggunakan suhu dan masa yang sesuai bagi menyahaktif mikroorganisme yang menyebabkan kerosakan kepada makanan.

Proses sterilisasi menggunakan suhu & masa yang sesuai membantu meningkatkan jangka hayat produk makanan yg telah melalui proses retort tanpa menjejaskan kualiti serta nutrisi pada produk makanan. Hasilnya, produk makanan yang telah diretort boleh disimpan sehingga tempoh 2 tahun hanya pada suhu bilik.


PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN PRODUK (R&D) RETORT

Pusat Retort Seremban sentiasa konsisten dalam memastikan setiap produk yang dihasilkan berkualiti dan menepati kehendak pelanggan serta pasaran.

Oleh itu, Pusat Retort Seremban mempunyai fasiliti R&D dan pasukan R&D kami sentiasa berinovasi dalam melakukan pembangunan & penyelidikan produk untuk pelanggan.

Tumpuan R&D yang ditawarkan kepada pelanggan adalah seperti di bawah : 

  • Inovasi dan pembangunan produk baharu
  • Penyesuaian produk dan formulasi resipi
  • Penambahbaikan produk sedia ada
  • Kiraan F-naught produk bagi menentukan masa yang sesuai untuk proses sterilisasi.

PERKHIDMATAN KONSULTASI RETORT

Kami menawarkan khidmat konsultasi dan solusi kepada usahawan yang mempunyai produk makanan sendiri dan berminat untuk mengembangkan produk mereka di pasaran umum melalui kaedah retort.


PERKHIDMATAN KATERING HOSPITAL

Sri Za berpengalaman lebih dari 5 tahun di dalam industri katering Hospital dan telah menjalankan operasi membekal makanan pesakit di wad di lebih 5 buah hospital swasta sekitar Malaysia. Tanggungjawab utama kami adalah memastikan makanan yang disediakan kepada pesakit bersih, selamat serta mengikuti keperluan nutrisi dan diet pesakit.

Loading