Perkhidmatan Mass Catering & Retort

Sri Za mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang perkhidmatan makanan dan minuman serta perkhidmatan mass catering.
Selain itu, Sri Za juga mempunyai kepakaran dalam bidang pembuatan makanan berasaskan teknologi retort dan sentiasa fokus dalam memasarkan produk berasaskan teknologi retort dalam pasaran tempatan dan luar negara.
Sri Za mempunyai kumpulan professional yang sentiasa memberikan khidmat nasihat dan solusi terbaik kepada pelanggan kami.
Sri Za sentiasa berusaha dalam memastikan produk dan perkhidmatan yang diberikan berkualiti tinggi serta menepati kehendak dan citarasa pelanggan dengan harga yang munasabah. Selain itu, kami konsisten dalam memperbaiki mutu perkhidmatan dan produk kami agar pelanggan sentiasa menerima pengalaman terbaik apabila berurusan dengan kami.
Sri Za juga sentiasa menjaga hubungan baik antara rakan perniagaan untuk memenuhi permintaan, tawaran dan pembekalan makanan kepada pelanggan atau organisasi.
PUSAT RETORT SEREMBAN (STERILISASI & PEMBUNGKUSAN)
Pusat Retort Seremban yang dimiliki oleh Sri Za sentiasa menawarkan solusi terbaik untuk memenuhi keperluan permintaan pelanggan/organisasi.
Produk makanan yang dikeluarkan daripada Pusat Retort Seremban adalah;
- Daripada sumber yang HALAL
- Bersih
- Selamat
- Bebas pengawet
- Jangka hayat makanan sehingga 2 tahun, disimpan hanya pada suhu bilik.
Pusat Retort Seremban (Sterilisasi & Pembungkusan) mempunyai pengiktirafan dan pensijilan MeSTI.
